Cinta…Maksudnya terlalu subjektif untuk semua orang. Maksud cinta pada saya mungkin lain dengan maksud cinta pada orang lain. Tetapi ada satu yang perkara sama mengenai cinta.
Semua orang memerlukannya!
Walau sejahat mana sekalipun insan itu, di hati kecilnya pasti mahu dicintai dan ingin disayangi oleh orang lain. Itulah sebabnya kenapa di dunia ini, Allah jadikan kita berpasangan.
Bak kata orang tua-tua, cinta ini ibarat angin yang menghembus..bila ianya menghembus kita dapat merasai nikmatnya tapi kita tidak mampu untuk mengungkapkan nikmatnya bagaimana kepada orang lain. Begitu jugalah dengan cinta. Jadi jika anda masih tertanya-tanya apa itu cinta, cara terbaik untuk anda faham apa itu cinta adalah dengan merasai cinta itu sendiri. Insyallah, andainya hati anda ikhlas menyintai seseorang anda akan faham kenapa cinta itu dikatakan indah.
“Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.”
--credits to someone's blog...besh ayat die..huhu--
p/s:sebenarnya tajuk tu hepi sbb aku dapat elaun rm40...pakcik kayo..kayo kayo kayo...hahaha...xsangka dapat sebanyak itu...time kasih ye!![]()



1 comment
yeah!! kaya2.. jom tgk cter dragon ball
Post a Comment