Friday, February 6, 2009

langkawi part 2

.

ha..sambil2 aku ngah berdebar menanti gradnite mlm smlm...aku citekan pengalaman aku holiday di pulau langkawi pada jumaat, 23hb 1 hingga 26hb 1 di hotel helang bertempat betul2 di sebelah lapangan terbang antarabangsa langkawi...kirenye aku start wat post ni 6 februari 4.30 ptg..siap 7 februari 9.05 mlm..hehe

citenye begini...aku di ambil dari uniten oleh mak ayah aku dalam kol 11.30 mlm waktu tempatan di dewan sri sarjana sebab mase tu aku dan rakan2 sebaya dan xsebaya tgh berlatih koir under cikgu shazlan yg comel dan handsome..haahaha

pastu keesokan harinye..kol 8.30 pagi kami bertolak dari umah menaiki teksi untuk ke KLIA...flight kami pukul 12 tgh hari dan kami menaiki air asia express boarding-->now everyone can fly...untuk pengetahuan anda sume..aku xpenah naik plane so agak kejakunan sket la tp aku cover...ngeh3




1st day di langkawi kami hanya berjalan2 di sekitar pulau langkawi dengan menaiki kereta sewa proton wira...kami jalan2 di cable car,telaga tujuh dan singgah di pasar malam di kedawang untuk membeli makanan dan melihat2 barang...kemudian kami singgah di idaman suri untuk membeli coklat-coklat yg murah spt cadbury, ferrero rocher, kisses, hershey dan mcm2 lagi...mak aku beli set hidangan lauk pauk untuk tetamu di waktu raya ni...malam tu kitorg kuwa jalan2 ke pantai chenang dan merancang makan malam di sana..kami pon masuk ke sebuah restoran yg bernama RASA dan melihat menu yg diberikan...kemudiannya sume terdiam sbb harga sangat2 mahal..bayangkan la nasi goreng berharga RM18 satu pinggan..gile ke ape?lastnye mak ayah aku makan mee goreng mamak yg berharga RM7 satu pinggan dan aku?chicken chop yg berharga rm18...tobat xnak pegi lagi dah..hehehe

2nd day di pulau langkawi kami awal pagi berjalan2 di makam mahsuri, beras terbakar dan membeli belah coklat lagi di pekan kuah...lepas tu pada waktu petang kami sekeluarga pergi ke under waterworld langkawi yang bertempat di pantai chenang..mmg besh la kat cni...mcm2 spesies ikan ade kat sini...binatang2 laen pon ade gak..pendek kate hidupan laut la mcm penguin la,ikan lumba2,ular air dll..tiket masuk kalo ade ID bayar rm15 je...so jgn lupe bwk ID anda kepada yg masih student ek...pada waktu mlmnya kami makan di restoran seafood..mmg sedap la lauk malam tu..ikan siakap sweet sour + sotong goreng tepung + sup sayur + nasi goreng + telur dadar...baru la kenyang berbanding mlm sebelum ni..sket tp mak aiii mahal giler






3rd day di pulau langkawi kami breakfast dan makan di dataran lang dan kemudiannya terus bertolak ke lokasi cable car...xsabar betol nak naek..dh lama xnaek...sesampainya kami di sana lebih kurang pkol 10 pagi..kami di maklumkan oleh petugas di sana yg cable car xdpt beroperasi pagi ni sbb angin agak kencang..maklum la nak naek atas puncak gunung...so sume org pon bersabar la menunggu..tapi kemudiannya setelah lebih kurg 1 jam menunggu kami pulang dgn kehampaan kerana tiada tanda2 yg akan beroperasi semula dlm masa terdekat ni...kami pergi ke pekan kuah dan membeli barang cenderamata dan baju utk di bawa pulang..


lebih kurang pkol 2 ptg kami sampai di hotel, setelah solat abahku memaklumkan yg die telah menelefon org di cable car dan mereka memaklumkan yg cable car sudah beroperasi semula..kami pon bersiap dan bergegas semula ke lokasi cable car yg terletak agak jauh dari hotel...setelah sampai disana kami sungguh terkejut kerana org ramai telah memenuhi kaunter bayaran dan barisan beratur amat panjang..tetapi kerana memikirkan keinginan untuk naik, kami gagahkan diri beratur lebih kurg 1 jam setengah,baru la tiba giliran kami..haih,penattttt..kemudiannya di waktu malam kami makan malam di hotel, di kawasan kolam renang...romantik betol..hehe..dah la aku sempat berkenalan dengan sekeluarga berasal dari korea..sempat la aku berkomunikasi dgn mereka.."anyung haseyo"..hehhee


Last day di pulau langkawi, kami bersiap2 bertolak balik dlm pkol 9 pagi..dan keluar bersarapan roti canai di restoran berdekatan hotel...kemudiannya kami pulang ke hotel dan mengambil gambar di sekitar kawasan hotel..dan terus bergegas ke airport kerana flight kami pkol 12..kami sampai di klia pada pkol 1 tgh hari dan teksi yang menghantar kami pada hari jumaat lalu mengambil kami semula di klia..kami sampai di rumah lebih kurang jam 3 petang..



sekian sahajalah percutian ku di pulau langkawi bersama famili tersayang..lepas ni nak pergi ngan anak buah kesayangan ku pula..sayang batrisyia..muah3

0 comments